You Name It, We Bake It!

You Name It, We Bake It!
Showing posts with label story mory. Show all posts
Showing posts with label story mory. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Our today's Western Lunch.... Again...





Saturday, October 26, 2013

Konvokesyen dan orders...

Salam...

Alhamdulillah... Seronok dapat tahu ramai adik-adik dan rakan-rakan seperjuangan telahpun selamat menamatkan pengajian Ijazah kedua. Namun jauuuuuuuuuuhhhhhhhh di sudut hati, agak sedih dan terasa dan juga di timpa dengan pelbagai persoalan kenapa? Mengapa? Bila? Hmmm...

Sepatutnya saya dah redha dengan segalanya ketika saya buat keputusan untuk menjadi baker sepenuh masa dan fokus untuk mengejar satu cita-cita sahaja. Ya, saya redha... Semuanya kerana Allah Taala... Walaupun begitu pedih melepaskan segala yang pernah diimpikan selama ini, selama lebih sepuluh tahun menganyam ilmu dan pengalaman, lebih satu semester untuk cuba mendaki sekali lagi bagi mengenggam sekali lagi segulung ijazah dan ingin menyarung 'jubah' keramat untuk disaksikan oleh anak-anak tersayang... Namun saya sedar dan tahu, segala-galanya adalah ketentuan yang MAHA KUASA Allah SWT. Hanya Dia yang tahu segala-galanya, Dia juga telah menentukan semuanya buat saya dan keluarga walaupun saya KUAT berusaha dan bekerja untuk mencapai segalanya... Rezeki saya telah ditulis sehingga ini dan esok lusa saya masih tidak tahu...

Maka dengan itu, saya tumpang berbangga dan berbahagia dengan majlis konvo rakan-rakan, dengan harapan saya masih lagi punya masa dan peluang untuk mengulangi segalanya sekali lagi... Amin Ya Rabbil'Alamin Ya Allah...

Saya berbangga dan berbahagia kerana pengorbanan saya adalah pengorbanan yang BERBAYAR. Selepas membuat keputusan untuk fokus dengan satu kerjaya, saya lebih banyak masa untuk memerhati dan memberi segala tumpuan terhadap keluarga. Walaupun life baker kecil-kecilan ni memang bz giler... Tapi saya seronok sebab buat kerja di rumah, jadik boss kepada diri sendiri, bergurau, gaduh-gaduh manja dengan anak-anak dan suami, sibuk jadi supir untuk anak-anak sendiri... Mahal gila kut semua pengalaman tu kalau nak bandingkan dengan pengorbanan saya yang sangat sedikit. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan harapan saya semuanya akan berjalan lancar seterusnya... Amin.

Balik kepada kerja-kerja baru saya ni... Memang sejak keluar produk baru Alhamdulillah permintaan sangat tinggi dan saya punch in setiap hari ke dapur kecil tu. Dari kek pek ekonomi hingga ke kek hari jadi, masih menjadi pilihan pelanggan yang sudi menyokong saya dalam industri ini.

Thank youuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!

3D Cheese Birthday Cake - Rainbow Cake Inside with Cream Cheese Layered

Melted Cheesy Cake - In 4 Flavours Vanilla, Pandan, Red Velvet and Tiramisu

Cheese Tart - Blueberry/Strawberry/Chocolate/Kiwi/Lemon

Monday, October 14, 2013

Hari Raya and Family Gathering @ Yun's house

Alhamdulillah, raya lepas dapat juga buat makan-makan sikit untuk ahli keluarga terdekat. Makan-makan sebelum ni sibuk uncles and aunties even kengkawan tanya tak ada kek ke kat rumah towkey
kek ni... So melapangkan sedikit masa untuk bake dua biji kek dan cupcakes untuk santapan bersama. Alhamdulillah semua suka dan siap tempah awal-awal nak tapau... Haaiiipppp! Hehehe

RV with Fresh Fruits and Cream Cheese filling (Best seller @ Yun's Little Kitchen)

Choclate Moist Cake for birthday boy and girl... Happy birthday Ayah and Angah! This was my dad's fav cake ever! Especially yang anak dia buat! Hehehehe


Tiers of varieties cupcakes... Ada yang siap tapau eehhhh!
Menu wajib setiap kali buat gathering is Satay... My baby sister bergilir-gilir dengan adik ipar tuk bakar... Merah biji mata menahan pedih. Tahun ni buat gempak Yun and hubby perap and cucuk satay sendiri... Rugi-rugi tak mai... Tak pa2... Next year naaa... Insyaa Allah....



Friday, October 11, 2013

The Wedding Cake and The Eldest Baking Posting...

Salam to all readers, Alhamdulillah jumpa lagi kita di sini. Berbulan juga Yun tak dapat update semua posting & new bakins project. Almaklumla, sejak dah bergelar full time baker and housewife rupa-rupanya bukan satu tugasan yang SENANG... Sangat MENCABAR dan menuntut segala KESABARAN dan KETABAHAN... (Baru faham dengan pengalaman dari bakers yang terdahulu). Namun tetap kugagahi jua untuk meng'update' at least ruangan FB... Nak share serba sedikit masa-masa lapang yang diisi dengan kerja-kerja baking and sitting all the Q's. Ok, cukuplah sampai sini dulu celoteh kali ini. Let's go to the latest project Yun dengan one of my good friend masa matriks dulu. Puan Shiela did ordered wedding cake untuk cutting ceremony for his brother's wedding. Bertemakan purple dan kek stacked yang menjadi pilihan. Alhamdulillah, sempat deliver pada hari majlis walaupun agak bz ngan kerja-kerja kemas mengemas tuk aktiviti berjalan-jalan ke utara tanah air. Terima kasih ya Shiela. Insyaa Allah we will cooperate again soon! Enjoy the pixs and the eldest baking project will follow very soon! Mmmuaaahhhh...

Wednesday, March 20, 2013

Another favor for dearest aunty

Salam, My aunty is a baker too. Masa saya kecik2 dulu (sampai la ni) memang gila kat all the cakes yang dia baked for us adik beradik. Mungkin saya minat membaking pun inspired by her ek? So... kecil-kecilan katernyer... (order hari2 masyuk masih kecil kah??) Antara fav adalah her Chocolate Moist Kukus with Chocolate Ganache (our fav too!). Sangat sedap! Next entry Yun akan postkan picture mini cake dia ya. Tak mahal pun... So entry ni khas and special untuk dia sebab dia yang bake this cake dan dengan hati yang berbunga2 dia meminta anak sedara yang comel ni tolong deco yer... Alhamdulillah, tak payah susah2 main tepung, saya kata padanya... 'Projek cuti sekolah macamana?' soal si aunty lagi... Owner Yun Little Kitchen ternganga sambil garuk2 kepala yang tak gatai... Haduiiihhh

Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013 fro Yun Little Kitchen...

Salam, Diam tak diam, kita sudahpun nak menjengah ke tahun baru 2013 (tahun baru Hijrah dah lama masuk ya...). Di kesempatan ini, Yun Little Kitchen ingin mengucapkan salam selamat kepada semua rakan-rakan bakers, pelanggan-pelanggan, followers yang budiman. Semoga tahun baru ini akan membuka lembaran baru yang lebih bahagia dan gembira di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Amin.

Thursday, July 5, 2012

Setengah tahun yang sudah berlalu...

Salam, Kepada semua follower blog ni. Saya amat-amat terharu kerana masih ramai yang menghubungi dan place order. Ada di antaranya saya sempat buat tapi saya sangat-sangat sedih kebanyakan darinya saya tak dapat tunaikan. Maaf banyak-banyak ya. Sebenarnya banyak yang saya nak kongsikan di sini setelah 6 bulan berlalu. Alhamdulillah saya berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Master di UPM (tempat di mana saya mendapat degree juga...) dan berjaya melepasi semester pertama dalam bidang Ekonomi. Alhamdulillah juga, atas berkat usaha dan rezeki anak-anak dan keluarga, saya telah berhijrah kerja di salah sebuah syarikat pelaburan swasta di ibu negara. Kerja baru ini menuntut saya berjalan-jalan sekitar ibu kota sambil 'meeting & eating session' bersama business partner dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Alhamdulillah sekali lagi kerana saya enjoy dengan kerja ini. Therefore, it took me kurang lebih 6 bulan jugalah untuk 'tune-in' kan yang mana-mana patut. Termasuk lah hobi yang juga sumber pendapatan sampingan saya B.A.K.I.N.G. ni... Hehehe... Minat yang masih mendalam, dan impian dan cita-cita yang semakin menggunung membuatkan saya tidak pernah termimpi nak shut-down blog ni apatah lagi nak lupakan semua gadget-gadget baking saya yang dah bersawang di dapur tu... (InsyaAllah jangan risau, dah di cuci dengan baik dan selamat digunakan puuunnn... heheheh jangan marah ya...). Untuk makluman semua pembaca dan follower yang budiman dan baik hati, saya akan meng'activate'kan semula blog ini dan order sudah pun mula di buka sejak 2 minggu yang lepas (harga-harga baru akan dikemaskini kemudan ya...). Yang mana-mana customer yang dah rindu nak rasa and makan kek-kek dan pastry dari Yun Little Kitchen, jangan la lupa untuk support kembali ya... Kepada pelanggan-pelanggan baru, you are most welcome untuk place order... Sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, saya tolong-tolong bonda di dapur dengan business tart nanasnya yang sangat famous. InsyaAllah saya akan upload gambar kemudian nanti ya... Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan terlanjur segala perbuatan. Terima kasih tidak terhingga buat semua penyokong YUN LITTLE KITCHEN... Salam.

Tuesday, December 27, 2011

Happy Birthday Oli!

Salam,

X'mas just passed by and I had a very great holiday with my family at my in law's which is at Mersing, Johor. Berkebetulan, sekarang tengah musim ombak besar, so kami satu family sempat la menyaksikan sendiri peristiwa yang jarang2 berlaku itu.

Qayyiem dengan baju sejuk pinjam... Hehehe... Sejuuukkkkk!

Bot2 di jeti dah eye level dgn jejambat! Macamana tuuuu? Kuasa Allah...

Selepas menjamu selera di Felda Tenggaroh 2! Tq Tok Cik, lauk2nyer sangat sedap sekali!


Ombak besar dah bermula... Kami berdiri betul2 di gigi air. Naik menggigil juga kepala lutut... Dalam kotak fikiran asyik teringat peristiwa Christmas tahun 2005 tuuu... Hish, mintak simpang kaaannnn

Sebelum balik ke kampung, sempat melepaskan hasrat seorang BFF ni TERINGIN sangat nak makan RVC saya... Kebetulan juga birthday Mr. Hubby si BFF ni jatuh pada hari Sabtu, so I baked for her one... Yang paling menyayat hati, satu kejadian yang tidak diduga berlaku. Subhanallah... ya lah tak semua perkara yang berlaku dalam hidup tu sempurna belaka... Mesti ada dugaan untuk memberi peringatan kepada setiap hamba Allah. Saya tidak terkecuali... Puan Amy Suhana, maaf la sekiranya kek yang diharapkan tidak seindah perkhabaran, segala salah silap itu datang dari diri sahaya juaaa... Hukhukhuk... (Tapi dapat message malam tadi kek tu dah tinggal suku... hehehe)
Thanks Amy!

9" 3 Layered Red Velvet Cake with Cream & Mascapon Cheese for Amy's deary (sebelum KEJADIAN)


Sunday, December 18, 2011

Happy Birthday My Dear Asyu!

Salam,

Dalam masa beberapa minit lagi my dearly sister akan menyambut hari lahir. Sebab esok pun hari senin, so kami anak beranak decided nak celebrate sehari awal. Alhamdulillah, segala berjalan lancar... Dapatlah kami empat buah keluarga (Ibu & Ayah, Emak - panggilan kami untuk nenek yang membesarkan kami dulu, Mak Uteh sekeluarga, Jeela n family, all the NA's & my family). It was really fun! Bukan senang nak berkumpul macam ni selalu.

Selesai menjamu selera (sampai se'eh perut kater orang Terengganu) all the sisters and cousins p main bowling. Si emak sedarer n adik ipar pun join sama... Kengkonon sapa menang boleh belanja teh 3 layer lepas ni... Uper2nyer ramalanku benar belaka, udah nama kakak... So tugas2 dan tanggungjawab sebagai kak tu memang tak boleh elak laaaa... Alhamdulillah, rezeki saya sekeluarga adalah rezeki untuk anda semua juga.

Ontheway balik, tetibe tekak teringin makan durian. Apa lagi, dengar ibu kata ada durian Raub baru turun lori, kami pun p la serbu! Alhamdulillah, sangat tidak menghampakan.

To all, I was very happy for today. Hopefully we can get together lagi okies! Hugs n kisses...
Christmas @ KLGCC

My beloved Daddy... Love you Ayah!

The birthday girl - Asyu, Happy birthday! Wish you a many, many more in your precious life darling!





The foods that we enjoyed - Alhamdulillah, amin. Grateful to Allah!



The bowling session...

My lovely sisters! ~ Love you girls... you're the best!



The champ of the day! Ngelat, x nak belanja nih!

Durian hutan ~ RM25/biji wooooo!!!

Saturday, December 17, 2011

The offer, twisted ankle (hukhukhuk) and Turquoise Wedding Theme Cake...

Salam,

Pagi2 buta dah call Sekolah Siswazah UPM. Mana taknye, dah sepuluh kali check online, tak jumpa2 lagi statement yang nak dibaca sangat.

Yeayy! At last, confirmed bakal bergelar student balik untuk semester Feb 2012 untuk fakulti kesayangan di UPM, Fakulti Ekonomi & Pengurusan. Alhamdulillah, tak cukup hanya dengan syukur rasanya. Hati semakin berbunga riang! Ehem2...

Ok, back to my story line. Kelab sukan company buat friendly match lagi untuk sesi 2012. Teruja sangat dapat main bola tampar lagi untuk tahun depan (memang minat bola tampar sejak sekolah la katakaaannnn).

Sesi latihan semalam juga macam biasa diadakan di court volleyball Taman Tasik Titiwangsa start from 6pm to 8pm. Biasalah, kalau dah dapat main tu sangat lah excited... Kalah pun tak pe asal dapat beriadah dengan geng2 opis. Syiok woo, dapat released tension, bergelak ketawa tak hengat dunia giteewww... Walaubagaimanapun, seruan azan Maghrib tetap kami hormati.

Done with a few sets of game, siap2 la nak balik. Encik Suami dah tunggu kat tepi court saje nak join sesi latihan (walau hanya duduk di tepi court main online carrom di handphone... ceeehhhh!). Disebabkan kami datang dengan kereta masing, saya cubalah keruk2 manalah kunci kereta tersorok dalam handbag serbaguna saya tu sambil berjalan dengan mulut bebel2 bercerita ngan hubby dan mata tak langsung menengok2 keadaan kaki lima tu... Rupa2nya berlubang... Adeeehhh2... terkehel buku lali ni ha... Mak dtuk rasa nak menjerit dah... Tapi sebab kan public area, buat muka je laaah yer... Hubby terus tolong dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat (uols mmg the best lah! dah macam org kena sakit jantung dah gaya kena kerumun tuuu). Lepas relek2 lima minit, try jalan, boleh la walau terhinjut2. Dalam hati risau kemain ni... dapat tak turun training lagi minggu depan ni? Redho je lah!

Sampai rumah, terus hubby urut sikit2 ngan minyak panas. Sakit jugak yer... Jangan masuk angin sudah! Dengan berkat urutan Encik Suami, dapatlah menyudahkan kek kahwin cik adik tersayng sorang ni. Ros ni x-staff saya dulu. Dah pun melangsungkan pernikahannya awal bulan lepas dan esok adalah majlis resepsi di rumahnya di Taman Melati KL. Alhamdulillah, kahwin juga ko ek Ros! Akak doakan kebahagiaan Ros dan suami hingga ke akhir hayat. Amin.

So dia order 2 tiers Turqoise & White Wedding Cake. So I made her 10" Moist Vanilla Butter Cake & 8" Golden Raisin Carrot Cake. Hopefully the cakes bring joy to your ceremony okies dear. Thanks for the order! Love u Rosnida Othman, be a good wife!





Selamat Pengantin Baru to Ros & Azam!

TQ to Siti Zaida (yang dukung baby tuuu) for sharing the pic!

Sunday, December 11, 2011

The Roadshows, The Wedding and The Holiday...

Salam,

Fuh! What a long weekdays and weekend I had. My team and I had organised some series of roadshows in a way to promote the company's new investment fund. It started with KL which held last Tuesday at Sunway Putra Hotel (mana tu ek? Dulu nama dia Legend Hotel kat The Mall tu... Dah tukar management company so tukar nama jugak la...).

Petang pulak, rushed to Johor Bahru for the second series kat Mutiara Hotel the next day. Hahaha... Tak boleh belah jugak tengok member yang drive tu cuak giler bila tangki minyak ala2 kering bila sampai Sedenak. Terus exit Senai untuk mencari petrol station terdekat. Kalau tidak... Sama2lah kita bertolak yerrr... (Sangat suka/teruja ngan team ASM.fm yang sudi menghiburkan/menemani kami sepanjang perjalanan!)

Di sebabkan ada prior appointment on the second night, so kami balik pada hari Jumaat. Pagi2 lepas breakfast terus ca alip but dah. Tak kuasa nak stay lama2. Berkebetulan baby yang kecik sekali demam (rindu kut!) so saya batalkan niat untuk terus ke office.

Sampai di rumah, ala2 lepas Isya' terus memulakan projek wedding cake untuk delivery hari berikutnya. Mata dah macam nak tersembul keluar dah, tapi memang pelik lah! Bila start pegang n prepare batter for the cakes n decos, kelat ngantuk pun hilang teruusss. Alhamdulillah... Dengan ditemani si kecik yang demam tadi, siap juga 2 tier wedding cake yang dihajati oleh Puan Halimah untuk majlis perkahwinan anaknya. Sempat Kak Limah call saya petang tu mintak saya buat cantik2. Insya'Allah saya akan cuba. Semoga hasilnya boleh menjadi sesuatu yang membanggakan yer!

Esok pagi2 dah celik sebab belum siap apa2 pun for the planned weekend holiday dengan in-law family ke Bukit Gambang Water Theme Park. Sampai saje di Maktab PDRM Cheras, setting2 kek pengantin (Kak Limah, your words really make me want to cry la.... ceeeh!), snap2 gambar lebih kurang, makan nasi minyak (sedap laaa! Mr. Hubby siap bertambah! hiks). Terus bergegas bertolak ke Pahang.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan selamat perjalanan kami anak-beranak pergi dan balik. To Puan Halimah, terima kasih atas kesudian membuat tempahan ya! To the bride n groom, Amy & Edy... Congratulations, very sorry tak dapat jumpa you guys on the day. Really need to rush la deary! Really2 hope that both of you like the cakes!

For the first tier I made a nice 9" 6 Layers Multi Colors Rainbow Cake. Look really nice after the cutting ceremony - Jangan lupa postkan gambar lepas potong yang saya mintak tu nanti ye Mr. & Mrs. Pengantin! TQVM


7" Chocolate Moist with Buttercream topping for the second layer

16 pcs S Soufle Cup Chocolate Moist

At the setting table... Really nice one, terpaksa minta tolong bro setting lokasi pisau potong kek pulak!

Presenting! Nervousnyer Tuhan je lah yang tahu... Dah macam VIVA lak rasa kat depan tu, dengan sumer mata dok tengok kiter setting kat depan sorang2...

Nak berjalan terus sihat si kecik ni! Sempat layan dia posed depan kek after the set-up arrangement! Ceh macam apa2 jeeeer...

Till then, kat luar hujan sudah sangat lebat. Saya pun dah melepaskan rindu menonton Twilight Saga marathon, mata pun dah ngantuk! Nak tidur dulu supaya segar ke office esok! Terima kasih sebab sudi teman saya membaca entry kali ini! Selamat Malam, eh... dah pagi daaa....