You Name It, We Bake It!

You Name It, We Bake It!

Saturday, October 26, 2013

Konvokesyen dan orders...

Salam...

Alhamdulillah... Seronok dapat tahu ramai adik-adik dan rakan-rakan seperjuangan telahpun selamat menamatkan pengajian Ijazah kedua. Namun jauuuuuuuuuuhhhhhhhh di sudut hati, agak sedih dan terasa dan juga di timpa dengan pelbagai persoalan kenapa? Mengapa? Bila? Hmmm...

Sepatutnya saya dah redha dengan segalanya ketika saya buat keputusan untuk menjadi baker sepenuh masa dan fokus untuk mengejar satu cita-cita sahaja. Ya, saya redha... Semuanya kerana Allah Taala... Walaupun begitu pedih melepaskan segala yang pernah diimpikan selama ini, selama lebih sepuluh tahun menganyam ilmu dan pengalaman, lebih satu semester untuk cuba mendaki sekali lagi bagi mengenggam sekali lagi segulung ijazah dan ingin menyarung 'jubah' keramat untuk disaksikan oleh anak-anak tersayang... Namun saya sedar dan tahu, segala-galanya adalah ketentuan yang MAHA KUASA Allah SWT. Hanya Dia yang tahu segala-galanya, Dia juga telah menentukan semuanya buat saya dan keluarga walaupun saya KUAT berusaha dan bekerja untuk mencapai segalanya... Rezeki saya telah ditulis sehingga ini dan esok lusa saya masih tidak tahu...

Maka dengan itu, saya tumpang berbangga dan berbahagia dengan majlis konvo rakan-rakan, dengan harapan saya masih lagi punya masa dan peluang untuk mengulangi segalanya sekali lagi... Amin Ya Rabbil'Alamin Ya Allah...

Saya berbangga dan berbahagia kerana pengorbanan saya adalah pengorbanan yang BERBAYAR. Selepas membuat keputusan untuk fokus dengan satu kerjaya, saya lebih banyak masa untuk memerhati dan memberi segala tumpuan terhadap keluarga. Walaupun life baker kecil-kecilan ni memang bz giler... Tapi saya seronok sebab buat kerja di rumah, jadik boss kepada diri sendiri, bergurau, gaduh-gaduh manja dengan anak-anak dan suami, sibuk jadi supir untuk anak-anak sendiri... Mahal gila kut semua pengalaman tu kalau nak bandingkan dengan pengorbanan saya yang sangat sedikit. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan harapan saya semuanya akan berjalan lancar seterusnya... Amin.

Balik kepada kerja-kerja baru saya ni... Memang sejak keluar produk baru Alhamdulillah permintaan sangat tinggi dan saya punch in setiap hari ke dapur kecil tu. Dari kek pek ekonomi hingga ke kek hari jadi, masih menjadi pilihan pelanggan yang sudi menyokong saya dalam industri ini.

Thank youuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!

3D Cheese Birthday Cake - Rainbow Cake Inside with Cream Cheese Layered

Melted Cheesy Cake - In 4 Flavours Vanilla, Pandan, Red Velvet and Tiramisu

Cheese Tart - Blueberry/Strawberry/Chocolate/Kiwi/Lemon

No comments:

Post a Comment