You Name It, We Bake It!

You Name It, We Bake It!

Sunday, December 8, 2013

Somewhere Under The Rainbow...





Wedding Cake : The Soft Blue of the Heart





Rindunyer dengan Lelehan Kek Cheese...






Friday, December 6, 2013

Tinker Bell... Tinker Bell... Tinker all the way... Happy birthday Aufa!




Sunday, December 1, 2013

Congratulations Ain and Mr. Hubby

Congratulations Ain and Husband...

Tiffany Blue theme cake and cupcakes for his and her...





Wednesday, November 27, 2013

Latest Cake on the Line




Thursday, November 21, 2013

Recipes...

SELAMAT MENCUBA!




Our today's Western Lunch.... Again...





Cream Puff Project and Cheese Cake Meleleh

Salam,



Chocolate Moist Special...





School Holiday and New Product in the Line 'Cream Puff & Vanilla Pastry Filling'... Yummm

Salam,

Cuti sekolah dah dekat seminggu bermula. Alhamdulillah tempahan setakat ni masih dibuka. Kepada sesiapa yang berhajat, bolehlah contact we all ya!





New stocks for 21 November 2013... More Cheese Cake Meleleh yaa!

Alhamdulillah, more and more demand for Melted Cheesy Cake (version Yun Little Kitchen) or most known as Cheese Cake Meleleh... Slurrrppp...

Boleh dikatakan selang sehari memang Yun akan stock up kek yang menjadi kegilaan ramai ni... Of coz bagi peminat cheese. Ada juga yang tak gemar dan suka. Bukan salah mereka ya... Hehehe...

Insyaa Allah esok (21 November 2013 - Khamis) peminat2 kek ni boleh lah macam biasa dapatkan di ADAM HAWA Marketing atau di rumah parent Yun di Wangsa Maju Seksyen 1. Insyaa Allah pasti puas hati...

Stok kek yang ada:

Melted Cheesy Vanilla
Melted Cheesy Chocolate
Melted Cheesy Red Velvet and
Mini pack Chocolate Moist

Jangan ketinggalan ya!




Happy 1st Birthday Twin Umar & Uthman!

Salam.

Alhamdulillah, walau lambat, berkesempatan update serba sedikit assignment lepas di blog tersayang. Maklum la... Sejak ada FB ni agak jarang-jarang jenguk blog kan... Sampai hatiii...

Ok, minggu lepas Ina, ex-classmate masa matrix dulu whatsapp dan minta Yun bake 2 biji Devil cake untuk si kembar yang menyambut harijadi yang pertama... Ala.. la... la... Ada gambar and Auntie Yun x sempat nak upload kat sini. Auntie doakan kesejahteraan dan kebahagian kamu berdua ya... And thanks again Ina for your endless support!



p/s: Bila la agaknya boleh bersua muka dengan baker (yg juga ex-classmate) di Sibu tu... Sibu bebenor!

Monday, November 11, 2013

Salam,

Alhamdulillah, banyak projek menjelang hujung tahun dan projek secured hingga bulan December nanti. Kepada sesiapa yang berminat nak buat tempahan dengan Yun Little Kitchen, amatlah dialu-alukan ya.

Sementara tu enjoyla gambar-gambar ni...


Saturday, October 26, 2013

Konvokesyen dan orders...

Salam...

Alhamdulillah... Seronok dapat tahu ramai adik-adik dan rakan-rakan seperjuangan telahpun selamat menamatkan pengajian Ijazah kedua. Namun jauuuuuuuuuuhhhhhhhh di sudut hati, agak sedih dan terasa dan juga di timpa dengan pelbagai persoalan kenapa? Mengapa? Bila? Hmmm...

Sepatutnya saya dah redha dengan segalanya ketika saya buat keputusan untuk menjadi baker sepenuh masa dan fokus untuk mengejar satu cita-cita sahaja. Ya, saya redha... Semuanya kerana Allah Taala... Walaupun begitu pedih melepaskan segala yang pernah diimpikan selama ini, selama lebih sepuluh tahun menganyam ilmu dan pengalaman, lebih satu semester untuk cuba mendaki sekali lagi bagi mengenggam sekali lagi segulung ijazah dan ingin menyarung 'jubah' keramat untuk disaksikan oleh anak-anak tersayang... Namun saya sedar dan tahu, segala-galanya adalah ketentuan yang MAHA KUASA Allah SWT. Hanya Dia yang tahu segala-galanya, Dia juga telah menentukan semuanya buat saya dan keluarga walaupun saya KUAT berusaha dan bekerja untuk mencapai segalanya... Rezeki saya telah ditulis sehingga ini dan esok lusa saya masih tidak tahu...

Maka dengan itu, saya tumpang berbangga dan berbahagia dengan majlis konvo rakan-rakan, dengan harapan saya masih lagi punya masa dan peluang untuk mengulangi segalanya sekali lagi... Amin Ya Rabbil'Alamin Ya Allah...

Saya berbangga dan berbahagia kerana pengorbanan saya adalah pengorbanan yang BERBAYAR. Selepas membuat keputusan untuk fokus dengan satu kerjaya, saya lebih banyak masa untuk memerhati dan memberi segala tumpuan terhadap keluarga. Walaupun life baker kecil-kecilan ni memang bz giler... Tapi saya seronok sebab buat kerja di rumah, jadik boss kepada diri sendiri, bergurau, gaduh-gaduh manja dengan anak-anak dan suami, sibuk jadi supir untuk anak-anak sendiri... Mahal gila kut semua pengalaman tu kalau nak bandingkan dengan pengorbanan saya yang sangat sedikit. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan harapan saya semuanya akan berjalan lancar seterusnya... Amin.

Balik kepada kerja-kerja baru saya ni... Memang sejak keluar produk baru Alhamdulillah permintaan sangat tinggi dan saya punch in setiap hari ke dapur kecil tu. Dari kek pek ekonomi hingga ke kek hari jadi, masih menjadi pilihan pelanggan yang sudi menyokong saya dalam industri ini.

Thank youuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!

3D Cheese Birthday Cake - Rainbow Cake Inside with Cream Cheese Layered

Melted Cheesy Cake - In 4 Flavours Vanilla, Pandan, Red Velvet and Tiramisu

Cheese Tart - Blueberry/Strawberry/Chocolate/Kiwi/Lemon

Wednesday, October 23, 2013

New baby... Melted Cheesy Vanilla Cake - Hot Selling!

Salam,

Alhamdulillah, sejak diperkenalkan awal minggu ini, produk baru Yun sangat laris dan laku... Memang setiap malam buat. Begitu juga dengan produk-produk lain seperti Devil's Food Chocolate Cake dan Carrot Walnut Cake yang juga menjadi peminat ramai.

Terima kasih sekali lagi buat semua peminat setia kek-kek dari Yun's Little Kitchen. Hati ini sangat terharu dan bersemangat untuk menjadi srikandi bakery... Amin.

Melted Cheesy Vanilla Cake

Yummmm....

Devil'S Food Chocolate Cake

Carrot Walnut Cake


Saturday, October 19, 2013

Latest product on the line... Cheese Cake Meleleh... Aduuuhhhh merobek hati...

As Salam,

Alhamdulillah. Walaupun baru baik dari KEPENATAN... Hasilnya berbaloi. Kepala relieved dari segala tension mension waktu 9 to 5 dulu-dulu...

Hari ini berkesempatan berguru dengan Iman's Sweet Temptation's untuk kek Cheese Melelehnya yang sangaaaatttt fofular... Pakej dengan segala macam ilmu yang dah sarat kat dada ni. Thanks Tica Ziza... Lain kali leh ajar lagi yerr...

Oleh itu Yun dengan ini suka lah nak mengwar-warkan yang Yun's Little Kitchen akan ada produk baru SOOOOOON! Sangat tidak menyesal kalau nak cuba... Sedaaaaaaappppppp sangaaaaattttt! (tengok la macamana nak bake tu nanti... Mau 1 tuk jual, 2 tuk di'ngap' nisbah merepek dah tuuuu)... Jom kita enjoy gambar-gambar sepanjang kelas berjalan dulu okies!

Sempat cikgu candid gambo anak-anak murid yang dah tak sabo meng'upload' ke warung maya a.k.a mukabuku... Cer teka Yun yang mana?

Mula-mula macam ni... Lepas tu macam tu pulak... Haisshhh

Cheese Cake Meleleh versi Vanilla and 'Ter Miss You' (Tiramisu)

Melty Hershey yang memang tak boleh belaahhhh! Memang kena order....

Hehehe So, apa lagi kengkawan. Jangan lepaskan peluang ini. Kalau selama ni rasa jauh sangat nak order, susah nak pick-up dan dah lama sangat-sangat teringin... Boleh lah dapatkannya di Yun's Little Kitchen ya!

Daaa....

Wednesday, October 16, 2013

New vision and 'OLD' thing to focus from now on!

Salam to all fans.

Malam semalam Yun's Little Kitchen dengan rasminya telah produce not to say new product... Ramai rakan-rakan bakers yang dah buat, some of them yang menjadi inspirasi Yun untuk memulakan semua ni. Mulai hari ini 16 Oktober 2013, selain menerima tempahan kek dan cupcake premium, Yun's Little Kitchen juga menerima tempahan kek mini boxes yang menjadi kegilaan ramai peminat kek secara amnya.

Terdapat dalam pelbagai jenis kek antaranya Red Velvet Cake, Carrot Walnut Cheese Cake, Devil's Food Chocolate Cake (bestseller) and presenting PAVLOVA in mini box (bestseller). Insyaa Allah akan ada banyak lagi pilihan akan datang. Semuanya Yun lakukan demi peminat-peminat kek dan Yun's Little Kitchen dan semua yang berada di 'belakang'nya.

Alhamdulillah, setakat ini, penerimaan existing customer amat menggalakkan. Sekiranya terdapat salah silap dan terkurang dan sebagainya, harap dimaafkan kekhilafan Yun ya. Yun juga sudi menerima sebarang bentuk komen dan pendapat dari semua yang berada di luar sana, sama ada follower atau tidak supaya Yun tidak pernah BERHENTI dari belajar dari kesilapan.

Untuk itu, di pelawa kepada semua penggemar kek untuk mencuba produk terbaru dari Yun's Little Kitchen dengan mendapatkannya dengan segera... Very simple, sms/whatsapp/email me di 0172431939 atau yun_econ@yahoo.com.

Love you all and thank you for never ending support!


HOT SELLING ITEM ~ Mini Pavlova @ RM10.00 per box


Devil's Food Chocolate Cake @ RM7.00 per box (PROMOTION PRICE UNTIL FURTHER NOTICE)


Carrot Walnut Cheese Cake @ RM5.00 per box (PROMOTION PRICE UNTIL FURTHER NOTICE)


Monday, October 14, 2013

Engagement Cake and Cupcakes

Last September, ex-classmate Yun telah melangsungkan pertunangan dengan buah hati tersayang.

Insyaa Allah ya Maz. Sis Yun doakan yang terbaik dan terima kasih dengan order ni. Jangan lupa repeat order untuk wedding pula nanti ya!