Thursday, July 5, 2012
Setengah tahun yang sudah berlalu...
Salam,
Kepada semua follower blog ni. Saya amat-amat terharu kerana masih ramai yang menghubungi dan place order. Ada di antaranya saya sempat buat tapi saya sangat-sangat sedih kebanyakan darinya saya tak dapat tunaikan. Maaf banyak-banyak ya.
Sebenarnya banyak yang saya nak kongsikan di sini setelah 6 bulan berlalu. Alhamdulillah saya berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Master di UPM (tempat di mana saya mendapat degree juga...) dan berjaya melepasi semester pertama dalam bidang Ekonomi.
Alhamdulillah juga, atas berkat usaha dan rezeki anak-anak dan keluarga, saya telah berhijrah kerja di salah sebuah syarikat pelaburan swasta di ibu negara. Kerja baru ini menuntut saya berjalan-jalan sekitar ibu kota sambil 'meeting & eating session' bersama business partner dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Alhamdulillah sekali lagi kerana saya enjoy dengan kerja ini.
Therefore, it took me kurang lebih 6 bulan jugalah untuk 'tune-in' kan yang mana-mana patut. Termasuk lah hobi yang juga sumber pendapatan sampingan saya B.A.K.I.N.G. ni... Hehehe... Minat yang masih mendalam, dan impian dan cita-cita yang semakin menggunung membuatkan saya tidak pernah termimpi nak shut-down blog ni apatah lagi nak lupakan semua gadget-gadget baking saya yang dah bersawang di dapur tu... (InsyaAllah jangan risau, dah di cuci dengan baik dan selamat digunakan puuunnn... heheheh jangan marah ya...).
Untuk makluman semua pembaca dan follower yang budiman dan baik hati, saya akan meng'activate'kan semula blog ini dan order sudah pun mula di buka sejak 2 minggu yang lepas (harga-harga baru akan dikemaskini kemudan ya...). Yang mana-mana customer yang dah rindu nak rasa and makan kek-kek dan pastry dari Yun Little Kitchen, jangan la lupa untuk support kembali ya... Kepada pelanggan-pelanggan baru, you are most welcome untuk place order...
Sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, saya tolong-tolong bonda di dapur dengan business tart nanasnya yang sangat famous. InsyaAllah saya akan upload gambar kemudian nanti ya...
Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan terlanjur segala perbuatan. Terima kasih tidak terhingga buat semua penyokong YUN LITTLE KITCHEN...
Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment