Salam.
Macamana nak cakap yer? Adakah...
A. Baru 10 hari dalam tahun 2011... ATAU
B. Dah 10 hari kita meninggalkan 2010
Whatever it is... rasanya masih belum terlambat saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 buat semua bloggers, bakers, peminat2 kek dan kek cawan di luar sana. Insya'Allah... semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki kerana, ada banyak perkara yang perlu dibereskan tahun ini. Almaklumlah, anak teruna saya dah masuk darjah satu, anak dara pula dah mula tadika for the 2nd year. Alhamdulillah, tak ada masalah dalam menguruskan perihal persekolahan mereka. Cuma biasalah, sebagai ibu-bapa selain nak kan yang terbaik untuk anak-anak, keselamatan mereka di sekolah juga turut menrungsingkan kami. Syukur ada otai2 di pejabat di mana nasihat serta tunjuk ajar mereka dijadikan panduan. TERIMA KASIH SEMUAAAAA!
Teruja melihatkan si abang segak mengenakan pakaian seragam sekolah agama (sekolah petang masih di minggu orientasi jadi belum mula pakai uniform lagi). Hehehe... Yang paling tersentuh, saya betul2 tak sangka bahawa anak teruna saya yang akan mengambil alih tempat saya bersekolah di sekolah rendah yang sama... Siapa sangka ya... Tempat jatuh hampir 25 tahun yang lalu pun saya masih ingat di mana, kini jadi tempat anak saya beratur pulak. Ketawa sorang dah jadinya... Walau apapun, all the best untuk semua anak-anak kita yang berjaya menjejakkan kaki ke sekolah untuk sesi 2011 ini. Semoga tahun ini dan tahun seterusnya akan menjadi tahun yang hebat bagi pelajar-pelajar yang hebat seperti ANDA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment