You Name It, We Bake It!

You Name It, We Bake It!

Tuesday, December 27, 2011

Happy Birthday Oli!

Salam,

X'mas just passed by and I had a very great holiday with my family at my in law's which is at Mersing, Johor. Berkebetulan, sekarang tengah musim ombak besar, so kami satu family sempat la menyaksikan sendiri peristiwa yang jarang2 berlaku itu.

Qayyiem dengan baju sejuk pinjam... Hehehe... Sejuuukkkkk!

Bot2 di jeti dah eye level dgn jejambat! Macamana tuuuu? Kuasa Allah...

Selepas menjamu selera di Felda Tenggaroh 2! Tq Tok Cik, lauk2nyer sangat sedap sekali!


Ombak besar dah bermula... Kami berdiri betul2 di gigi air. Naik menggigil juga kepala lutut... Dalam kotak fikiran asyik teringat peristiwa Christmas tahun 2005 tuuu... Hish, mintak simpang kaaannnn

Sebelum balik ke kampung, sempat melepaskan hasrat seorang BFF ni TERINGIN sangat nak makan RVC saya... Kebetulan juga birthday Mr. Hubby si BFF ni jatuh pada hari Sabtu, so I baked for her one... Yang paling menyayat hati, satu kejadian yang tidak diduga berlaku. Subhanallah... ya lah tak semua perkara yang berlaku dalam hidup tu sempurna belaka... Mesti ada dugaan untuk memberi peringatan kepada setiap hamba Allah. Saya tidak terkecuali... Puan Amy Suhana, maaf la sekiranya kek yang diharapkan tidak seindah perkhabaran, segala salah silap itu datang dari diri sahaya juaaa... Hukhukhuk... (Tapi dapat message malam tadi kek tu dah tinggal suku... hehehe)
Thanks Amy!

9" 3 Layered Red Velvet Cake with Cream & Mascapon Cheese for Amy's deary (sebelum KEJADIAN)


Monday, December 19, 2011

The Hot Selling Choc Moist Cake

Salam,

Tonight, I managed to baked about 13 pcs Hot Selling Choc Moist Cake ordered by my aunt from Ampang. Rakan2 kat opis dah tanyer katernyer... Hehehe... Baru perasan lama sungguh tak baked this cake, sampai all the kids dah ngendeng2 termasuk parent n sisters kat WM... Hahaha... Hot selling sungguh! Syukur Alhamdulillah!

To all the peeps yang terliuq2 gak tu, don't forget to contact us to place your order okay! RM15/pc ONLY!!!!

My new Signature Stickers...

My 3rd kiddo ni memang suker sangat makan Choc Moist! Pengorbanan yang sangat berbaloi!

Ready to GO!

Sunday, December 18, 2011

Happy Birthday My Dear Asyu!

Salam,

Dalam masa beberapa minit lagi my dearly sister akan menyambut hari lahir. Sebab esok pun hari senin, so kami anak beranak decided nak celebrate sehari awal. Alhamdulillah, segala berjalan lancar... Dapatlah kami empat buah keluarga (Ibu & Ayah, Emak - panggilan kami untuk nenek yang membesarkan kami dulu, Mak Uteh sekeluarga, Jeela n family, all the NA's & my family). It was really fun! Bukan senang nak berkumpul macam ni selalu.

Selesai menjamu selera (sampai se'eh perut kater orang Terengganu) all the sisters and cousins p main bowling. Si emak sedarer n adik ipar pun join sama... Kengkonon sapa menang boleh belanja teh 3 layer lepas ni... Uper2nyer ramalanku benar belaka, udah nama kakak... So tugas2 dan tanggungjawab sebagai kak tu memang tak boleh elak laaaa... Alhamdulillah, rezeki saya sekeluarga adalah rezeki untuk anda semua juga.

Ontheway balik, tetibe tekak teringin makan durian. Apa lagi, dengar ibu kata ada durian Raub baru turun lori, kami pun p la serbu! Alhamdulillah, sangat tidak menghampakan.

To all, I was very happy for today. Hopefully we can get together lagi okies! Hugs n kisses...
Christmas @ KLGCC

My beloved Daddy... Love you Ayah!

The birthday girl - Asyu, Happy birthday! Wish you a many, many more in your precious life darling!





The foods that we enjoyed - Alhamdulillah, amin. Grateful to Allah!



The bowling session...

My lovely sisters! ~ Love you girls... you're the best!



The champ of the day! Ngelat, x nak belanja nih!

Durian hutan ~ RM25/biji wooooo!!!

Saturday, December 17, 2011

The offer, twisted ankle (hukhukhuk) and Turquoise Wedding Theme Cake...

Salam,

Pagi2 buta dah call Sekolah Siswazah UPM. Mana taknye, dah sepuluh kali check online, tak jumpa2 lagi statement yang nak dibaca sangat.

Yeayy! At last, confirmed bakal bergelar student balik untuk semester Feb 2012 untuk fakulti kesayangan di UPM, Fakulti Ekonomi & Pengurusan. Alhamdulillah, tak cukup hanya dengan syukur rasanya. Hati semakin berbunga riang! Ehem2...

Ok, back to my story line. Kelab sukan company buat friendly match lagi untuk sesi 2012. Teruja sangat dapat main bola tampar lagi untuk tahun depan (memang minat bola tampar sejak sekolah la katakaaannnn).

Sesi latihan semalam juga macam biasa diadakan di court volleyball Taman Tasik Titiwangsa start from 6pm to 8pm. Biasalah, kalau dah dapat main tu sangat lah excited... Kalah pun tak pe asal dapat beriadah dengan geng2 opis. Syiok woo, dapat released tension, bergelak ketawa tak hengat dunia giteewww... Walaubagaimanapun, seruan azan Maghrib tetap kami hormati.

Done with a few sets of game, siap2 la nak balik. Encik Suami dah tunggu kat tepi court saje nak join sesi latihan (walau hanya duduk di tepi court main online carrom di handphone... ceeehhhh!). Disebabkan kami datang dengan kereta masing, saya cubalah keruk2 manalah kunci kereta tersorok dalam handbag serbaguna saya tu sambil berjalan dengan mulut bebel2 bercerita ngan hubby dan mata tak langsung menengok2 keadaan kaki lima tu... Rupa2nya berlubang... Adeeehhh2... terkehel buku lali ni ha... Mak dtuk rasa nak menjerit dah... Tapi sebab kan public area, buat muka je laaah yer... Hubby terus tolong dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat (uols mmg the best lah! dah macam org kena sakit jantung dah gaya kena kerumun tuuu). Lepas relek2 lima minit, try jalan, boleh la walau terhinjut2. Dalam hati risau kemain ni... dapat tak turun training lagi minggu depan ni? Redho je lah!

Sampai rumah, terus hubby urut sikit2 ngan minyak panas. Sakit jugak yer... Jangan masuk angin sudah! Dengan berkat urutan Encik Suami, dapatlah menyudahkan kek kahwin cik adik tersayng sorang ni. Ros ni x-staff saya dulu. Dah pun melangsungkan pernikahannya awal bulan lepas dan esok adalah majlis resepsi di rumahnya di Taman Melati KL. Alhamdulillah, kahwin juga ko ek Ros! Akak doakan kebahagiaan Ros dan suami hingga ke akhir hayat. Amin.

So dia order 2 tiers Turqoise & White Wedding Cake. So I made her 10" Moist Vanilla Butter Cake & 8" Golden Raisin Carrot Cake. Hopefully the cakes bring joy to your ceremony okies dear. Thanks for the order! Love u Rosnida Othman, be a good wife!





Selamat Pengantin Baru to Ros & Azam!

TQ to Siti Zaida (yang dukung baby tuuu) for sharing the pic!

Sunday, December 11, 2011

The Roadshows, The Wedding and The Holiday...

Salam,

Fuh! What a long weekdays and weekend I had. My team and I had organised some series of roadshows in a way to promote the company's new investment fund. It started with KL which held last Tuesday at Sunway Putra Hotel (mana tu ek? Dulu nama dia Legend Hotel kat The Mall tu... Dah tukar management company so tukar nama jugak la...).

Petang pulak, rushed to Johor Bahru for the second series kat Mutiara Hotel the next day. Hahaha... Tak boleh belah jugak tengok member yang drive tu cuak giler bila tangki minyak ala2 kering bila sampai Sedenak. Terus exit Senai untuk mencari petrol station terdekat. Kalau tidak... Sama2lah kita bertolak yerrr... (Sangat suka/teruja ngan team ASM.fm yang sudi menghiburkan/menemani kami sepanjang perjalanan!)

Di sebabkan ada prior appointment on the second night, so kami balik pada hari Jumaat. Pagi2 lepas breakfast terus ca alip but dah. Tak kuasa nak stay lama2. Berkebetulan baby yang kecik sekali demam (rindu kut!) so saya batalkan niat untuk terus ke office.

Sampai di rumah, ala2 lepas Isya' terus memulakan projek wedding cake untuk delivery hari berikutnya. Mata dah macam nak tersembul keluar dah, tapi memang pelik lah! Bila start pegang n prepare batter for the cakes n decos, kelat ngantuk pun hilang teruusss. Alhamdulillah... Dengan ditemani si kecik yang demam tadi, siap juga 2 tier wedding cake yang dihajati oleh Puan Halimah untuk majlis perkahwinan anaknya. Sempat Kak Limah call saya petang tu mintak saya buat cantik2. Insya'Allah saya akan cuba. Semoga hasilnya boleh menjadi sesuatu yang membanggakan yer!

Esok pagi2 dah celik sebab belum siap apa2 pun for the planned weekend holiday dengan in-law family ke Bukit Gambang Water Theme Park. Sampai saje di Maktab PDRM Cheras, setting2 kek pengantin (Kak Limah, your words really make me want to cry la.... ceeeh!), snap2 gambar lebih kurang, makan nasi minyak (sedap laaa! Mr. Hubby siap bertambah! hiks). Terus bergegas bertolak ke Pahang.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan selamat perjalanan kami anak-beranak pergi dan balik. To Puan Halimah, terima kasih atas kesudian membuat tempahan ya! To the bride n groom, Amy & Edy... Congratulations, very sorry tak dapat jumpa you guys on the day. Really need to rush la deary! Really2 hope that both of you like the cakes!

For the first tier I made a nice 9" 6 Layers Multi Colors Rainbow Cake. Look really nice after the cutting ceremony - Jangan lupa postkan gambar lepas potong yang saya mintak tu nanti ye Mr. & Mrs. Pengantin! TQVM


7" Chocolate Moist with Buttercream topping for the second layer

16 pcs S Soufle Cup Chocolate Moist

At the setting table... Really nice one, terpaksa minta tolong bro setting lokasi pisau potong kek pulak!

Presenting! Nervousnyer Tuhan je lah yang tahu... Dah macam VIVA lak rasa kat depan tu, dengan sumer mata dok tengok kiter setting kat depan sorang2...

Nak berjalan terus sihat si kecik ni! Sempat layan dia posed depan kek after the set-up arrangement! Ceh macam apa2 jeeeer...

Till then, kat luar hujan sudah sangat lebat. Saya pun dah melepaskan rindu menonton Twilight Saga marathon, mata pun dah ngantuk! Nak tidur dulu supaya segar ke office esok! Terima kasih sebab sudi teman saya membaca entry kali ini! Selamat Malam, eh... dah pagi daaa....

Sunday, December 4, 2011

Assignment Hujung Minggu....

Salam,

Hujung minggu cuti-cuti sekolah macam ni selalu jugak dapat last minute order. Latest nak order Red Velvet Cake... I said, why not mamandangkan adik-adik pun tengah meroyan mintak bake kek yang sama.

Seperti biasa, turut baked Pavlova untuk kesekian kalinya sebab masih di peringkat try n error (tulah... suh pi kelas tak mau... Asik busy memanjang nyerrr... Lepas tukar portfolio ni lagi busy la kut ek! Aduuusss)... Sejak buat posting Pavlova 2 hari lepas, bertalu-talu pelanggan menghubungi saya tanya bila leh buat order. Apa yang saya boleh katakan, coming soon ya! Sebab kalau boleh nak buat sebaik Alexis tuuu! Shedaaappp weeeh!

The one that I had from Alexis! Credit la uols!

Siap mem baking, terus ad-hoc plan ngan Mr. Hubby bawak all the Q's to Taman Tema Genting! Amboih! Sampai masa tengah menaip ni, bagai disentap-sentap saraf tunjang akibat berdiri terlalu lama tunggu depa sawan ngan fun fair moden tuuuuh! Nyesal pun ader gak! Tapi Alhamdulillah, hati ini senang tengok depa kenyang makan n happy bermain. Terfikir nasib anak-anak yang tidak bernasib baik tu. Insya'Allah rahmat Allah itu sungguh tidak terduga dan tidak terjangkau di akal manusia kerdil seperti saya... Bersyukur kerana masih bernafas dan dapat beriadah begini bersama insan-insan yang saya cintai! Uwwwah gitew! Udah macam skrip Ombak Rindu (kan sekarang ni demam Ombak Rindu kaaan? Entah ek, confused juga, demam Ombak Rindu ke atau demam Aaron Aziz ni? hiks... Hidup filem Melayu)


Sambil-sambil tu... Jamu mata dengan Red Velvet Cake saya okies! Thanks to Kak CT of Putrajaya... Insya'Allah lain kali kita deal lagi ok! Nice doing business with you.

To those yang teringin, boleh la place order okies! Daaa...

3 Layered 9" Red Velvet Cake with Cream & Mascapon Cheese for only RM85.. Call us for more detail ya!


Sorry ye Mama Asyu, awak punya saya telah potong dulu buat testimoni la ciiikkkk! Ampuuunnnn


Tuesday, November 29, 2011

New Interesting Prices are Updated!

Salam,

Hi there! Dan puas rehat 3 hari 2 malam so I decided to bake myself and the family the most hit cake on demand currently... PAVLOVA... Alhamdulillah, the first attempt menjadi, cuma nak kena improvised sana sini sikit2. A few earlier stages tu memang senang... Rupa2nya part yang susah tu lepas Meringue di bakar... Suspense, nervous, sumer perasaan pun ader... Semangat nak prepare for sample tu still tinggi. Insy'Allah will be in Yun Little Kitchen's shelf pretty soon. Tunggu ya!

Here are some pictures been took along the process. Price? Tunggu!

For those yang berhajat nak mula atau repeat order, the new price list has been updated. Please do not hesitate to contact me to discuss on your budget ok! Harapan saya semoga customer2 faham dengan situasi harga barangan sekarang okies!

Adios!